Wednesday, June 5, 2013

Atlet petanque sudah bersedia
Oleh Abdul Rahim Haji Ismail
Gambar oleh Dyzul Suleiman

Leftenan Kolonel (B) Pengiran Mohd Nor menerima tajaan jersi daripada wakil Syarikat GL Extra Enterprise.

Presiden (bertopi) bergambar bersama pasukan petanque kebangsaan selepas upacara penyerahan jersi tajaan.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei - Seramai 104 atlet dari sepuluh buah negara telah mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Petanque Pan Pasifik ke-7 2013 yang akan berlangsung mulai 31 Mei hingga 2 Jun depan di negara ini.
Antara negara yang akan menghantar pasukan paling ramai pada kejohanan yang pertama kali dianjurkan di negara ini ialah Jepun dengan 16 atlet diikuti oleh Thailand dan Indonesia yang masing-masing diwakili 12 atlet, Myanmar menghantar 10 atlet, New Zealand dan Malaysia masing-masing menghantar lapan atlet, Mongolia diwakili tujuh atlet, Singapura dengan enam atlet, Vietnam menghantar lima, Nepal menghantar dua atlet dan Brunei sebagai tuan rumah yang mengetengahkan 20 atlet.
Majlis penyerahan jersi pasukan dan sumbangan lain daripada tiga penaja kejohanan itu diadakan hari ini di Perkampungan Sukan Kompleks Sukan Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan hadir untuk menerima sumbangan itu ialah Presiden Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Mohd Nor bin Pengiran Haji Mahidi yang menerima tajaan jersi daripada Syarikat GL Extra Enterprise Sdn Bhd, Syarikat Aewon Sdn Bhd dan Syarikat CityNeon Sdn Bhd.
Beliau yang diiringi oleh Timbalan Presiden Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam, Awang Abdul Ghani bin Dato Paduka Haji Mohd Ali kemudiannya menyerahkan pula jersi berkenaan kepada Pengurus Pasukan, Pengiran Mohd Amir Rizal bin Pengiran Haji Mahmud, jurulatih dan seterusnya kepada setiap atlet yang mewakili negara ke kejohanan itu.
Awang Abdul Ghani ketika ditanya mengenai penganjuran kejohanan itu berkata, Brunei ditawarkan untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Petanque Pan Pasifik ke-7 pada tahun ini oleh Presiden Kesatuan Sukan Petanque Jepun ketika sama-sama menyertai Kejohanan Petanque ASEAN di Hanoi, Vietnam pada Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam telah memohon kebenaran daripada Jabatan Belia dan Sukan dan mendapat restu serta diberikan bantuan untuk mengambil alih penganjuran kejohanan itu sebagai tuan rumah daripada Australia yang menganjurkannya di Sydney pada tahun lalu.
"Saya rasa tujuan Jepun menawarkan negara ini menjadi tuan rumah pada kali ini adalah untuk memberi peluang kepada negara-negara di rantau Pasifik untuk menganjurkan kejohanan," katanya.
Awang Abdul Ghani seterusnya berkata semua acara pertandingan petanque akan diadakan di Pusat Petanque Kompleks Sukan Stadium Negara Hassanal Bolkiah bermula dengan perasmiannya pada 31 Mei sementara acara perlawanan sebenar akan bermula pada 1 dan 2 Jun 2013.
Beliau seterusnya menjelaskan kejohanan pada kali ini akan mempertandingkan dua kategori saja, iaitu kategori Shooting dan Triple.
Majlis pada hari ini dimulakan dengan ceramah motivasi kepada para atlet yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Awang Zulkifli bin Abdul Hamid yang antara lain menyentuh mengenai beberapa panduan ideal serta amalan semangat berpasukan yang perlu ada dalam diri setiap atlet.

No comments:

Post a Comment

Kejohanan Petanque Jemputan di Sarikei

Kejohanan Petanque Jemputan di Sarikei
Gambar Pasukan Brunei Petanque menjadi Johan dan Naib Johan

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

result1

result1

Mesyuarat bersama kontinjen pada 16hb Julai 2010 jam 8 Mlm

Mesyuarat bersama kontinjen pada 16hb Julai 2010 jam 8 Mlm

Timbalan Pengerusi

Timbalan Pengerusi
Abdul Ghani bin Dato Paduka Hj Mohd Ali, Timbalan Presiden Persekutuan Petanque NBD

Setiausaha Kejohanan

Setiausaha Kejohanan
Haji Rosmin bin Haji Mohd Hassan, Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD

Penolong Setiausaha Kejohanan

Penolong Setiausaha Kejohanan
Awg Johari bin Haji bakar, Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD




Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam
Lt Kol (B) Pengiran Mohd Noor bin Pengiran Hj Muhiddi, Presiden Persekutuan Petanque NBD (Tengah), Timbalan Pengerusi-Abdul Ghani bin Dato Paduka Hj Mohd Ali (Kiri) dan Awang Johari bin Haji Bakar-Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD (Kanan) sedang menyaksikan perlawanan berlangsung

Di Gelanggang Petanque (Semasa Perlawanan Dijalankan-17hb Julai 2010))

Di Gelanggang Petanque (Semasa Perlawanan Dijalankan-17hb Julai 2010))

Peserta dari Negara Brunei Darussalam

Peserta dari Negara Brunei Darussalam

Logo dan Alamat Resmi

Logo dan Alamat Resmi