Wednesday, June 5, 2013

Delegasi petanque mula berkampung

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Timbalan Presiden Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam, Awang Abdul Ghani bin Dato Paduka Haji Mohd Ali (kiri) dan Mitsuo Shimizu (tiga dari kiri) bergambar bersama atlet pasukan Jepun sejurus tiba.
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei - Negara Brunei Darussalam diberi penghormatan untuk menganjurkan Kejohanan Petanque Pan Pasifik ke-7 2013 yang dijadualkan bermula esok dan Ahad bagi mempopularkan dan mempromosi sukan itu dalam kalangan rakyat dan penduduk negara ini.
Selain itu, penganjuran kejohanan petanque di negara-negara rantau Asia Pasifik akan memberikan kesempatan kepada penggiat petanque dari Jepun melancong dan bergaul dengan masyarakat luar negara sambil mempromosi sukan petanque ke negara lain di dunia.
Kenyataan itu dibuat oleh tokoh yang bertanggungjawab mempopularkan sukan tersebut di Jepun, Mitsuo Shimizu yang juga merupakan penaja kejohanan-kejohanan petanque yang diadakan di negara rantau Pasifik.
Beliau ditemu bual sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Berakas bersama delegasi 16 atlet yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang akan berlangsung di Pusat Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Pelawaan Jepun supaya Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bagi kejohanan ketujuh itu pada kali ini tercetus semasa Hanoi, Vietnam menjadi tuan rumah kejohanan pertama dan disertai Brunei sebagai pemerhati.
Ketika ditanya mengapa beliau ingin Brunei mengambil giliran menghoskan kejohanan itu selepas Sydney, Australia pada tahun lalu, Shimizu dengan bersemangat menjelaskan Brunei antara negara yang belum pernah beliau lawati dan ingin sekali untuk menjejakkan kakinya, maka melalui penganjuran kejohanan itu beliau dan rakan-rakan penggiat petanque lain dari Jepun berpeluang untuk berkunjung ke negara ini.
Menceritakan bagaimana beliau mula berminat dalam sukan yang berasal dari Perancis itu, Shimizu menjelaskan semuanya bermula semasa beliau mengembangkan perniagaannya di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam yang ketika itu popular dengan sukan petanque yang ditinggalkan oleh penjajah Perancis.
Menyedari pembabitannya dalam sukan itu telah mengembangkan jaringan persahabatan dan kenalannya di luar Jepun, beliau bertindak memperkenalkan petanque di Jepun yang pada hari ini mempunyai sebilangan persatuan di serata Jepun.
Dalam kejohanan kali ini, Jepun merupakan negara paling ramai menghantar atlet selain Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah, iaitu 16 orang termasuk Presiden Japan Petanque Boules Union, Masaru Kumagai dan dua jurulatih.
Juga tiba dengan penerbangan sama dari Singapura petang tadi ialah enam atlet pasukan dari Singapura termasuk bekas Presiden Sports Boules Singapore, Eddie Lim yang kini menjawat Pengurus Pentadbiran dan Pembangunan Sports Boules Singapore.
Pada temu bual ringkas bersamanya di Lapangan Terbang Anarabangsa Brunei hari ini, beliau ditanya mengenai perbezaan Kejohanan Petanque dan Kejohanan Petanque Pan Pasifik, serta bagaimana kedua-dua badan utama sukan itu dapat digabungkan untuk mempromosinya di mata dunia.
"Kejohanan Petanque Pan Pasifik adalah tajaan Mitsuo Shimizu dan tidak bersangkutan dengan Kejohanan Petanque ASEAN, dengan matlamat untuk menjadikannya sukan kegemaran untuk semua lapisan masyarakat di setiap negara," ujarnya, sabil menambah kata pada peringkat awal penganjurannya, Kejohanan Pan Pasifik diadakan dua tahun sekali.
Bagaimanapun, sejak dua tahun ke belakang ini ekoran sambutan dan perkembangan membanggakan sukan itu di beberapa negara, maka kejohanan petangque telah diadakan setiap tahun, kata Lim yang juga seorang jurulatih an pengadil petanque yang bertauliah.
Menurutnya, berlainan daripada kejohanan peringkat ASEAN yang membabitkan penganjuran peringkat negara, Kejohanan Pan Pasifik ditaja oleh seorang individu saja iaitu Mitsuo Shimizu dan tidak terhad kepada penyertaan negara-negara rantau ASEAN saja, malah semua negara Asia Pasifik.
Antara negara yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Petanque Pan Pasifik Ketujuh ini ialah Jepun, Thailand, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Malaysia, Mongollia, Singapura, Vietnam, Nepal dan Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah.

No comments:

Post a Comment

Kejohanan Petanque Jemputan di Sarikei

Kejohanan Petanque Jemputan di Sarikei
Gambar Pasukan Brunei Petanque menjadi Johan dan Naib Johan

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

result1

result1

Mesyuarat bersama kontinjen pada 16hb Julai 2010 jam 8 Mlm

Mesyuarat bersama kontinjen pada 16hb Julai 2010 jam 8 Mlm

Timbalan Pengerusi

Timbalan Pengerusi
Abdul Ghani bin Dato Paduka Hj Mohd Ali, Timbalan Presiden Persekutuan Petanque NBD

Setiausaha Kejohanan

Setiausaha Kejohanan
Haji Rosmin bin Haji Mohd Hassan, Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD

Penolong Setiausaha Kejohanan

Penolong Setiausaha Kejohanan
Awg Johari bin Haji bakar, Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD




Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam
Lt Kol (B) Pengiran Mohd Noor bin Pengiran Hj Muhiddi, Presiden Persekutuan Petanque NBD (Tengah), Timbalan Pengerusi-Abdul Ghani bin Dato Paduka Hj Mohd Ali (Kiri) dan Awang Johari bin Haji Bakar-Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD (Kanan) sedang menyaksikan perlawanan berlangsung

Di Gelanggang Petanque (Semasa Perlawanan Dijalankan-17hb Julai 2010))

Di Gelanggang Petanque (Semasa Perlawanan Dijalankan-17hb Julai 2010))

Peserta dari Negara Brunei Darussalam

Peserta dari Negara Brunei Darussalam

Logo dan Alamat Resmi

Logo dan Alamat Resmi