Wednesday, June 5, 2013


Petanque dilaratkan kesemua daerah

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam akan menubuhkan persatuan-persatuan petanque di semua daerah di negara ini sebagai salah satu strateginya untuk mencungkil bakat remaja dan pelajar sebagai barisan pemain pelapis dalam kejohanan sukan peringkat kebangsaan serta peringkat antarabangsa.
Ketika bercakap mengenai perancangan Persekutuan itu untuk mempersiapkan atletnya menghadapi cabaran Sukan Asia Tenggara 2019 di negara ini, Presiden Persekutuan Petanque Negara Brunei Darussalam, Leftenan Kolonel (B) Pengiran Mohd Nor bin Pengiran Haji Mohidi berkata, pada masa ini pihaknya telah berjaya menjalankan kempen-kempen untuk mencari pemain berbakat.
Katanya, pada masa ini penilaian dan pemilihan dibuat melalui beberapa kejohanan sukan peringkat kebangsaan termasuk Pesta Sukan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (SKBD) dan Pesta Sukan Antara Kementerian-Kementerian.
“Kami perlu meneroka ke setiap daerah untuk mencari pemain berbakat yang dapat mewakili daerah masing-masing dalam sukan ini dan pencarian itu termasuk golongan pelajar sekolah berpotensi yang lebih mudah dilatih pada usia muda,” kata beliau.
Pengiran Mohd Nor bagaimanapun tidak menyangkal masalah tidak dapat atau gagal menghadiri latihan yang sering timbul dengan pemain yang masih menuntut, kerana ujarnya walaupun pemain remaja berpotensi untuk lebih cemerlang berbanding pemain dewasa yang telah menjalani latihan, jika mereka menghadapi masalah untuk menghadiri sesi latihan atas sebab lain seperti waktu belajar atau isu-isu maktab yang lain, maka mereka tidak akan dipilih ke dalam skuad pemain kebangsaan.
Beliau seterusnya mendedahkan badan induk sukan petanque itu sudah memulakan rancangannya untuk menubuhkan persatuan-persatuan petanque peringkat daerah yang akan berfungsi sebagai payung kepada penubuhan kelab-kelab petanque sekolah, kampung atau persatuan sosial lain.
“Rancangan kami itu telah pun diperbincangkan dan kami kini bergiat aktif untuk merealisasikan visi Persekutuan itu dengan mengunjungi ke setiap daerah untuk mempromosi penubuhan persatuan daerah itu kerana kehadiran persatuan daerah akan membolehkan mereka mengendalikan skim latihan yang tersusun dan bersistematik bagi pemain baru dan golongan remaja,” ujarnya sambil menambah kata setakat ini pihaknya sudah membuat lawatan ke Kuala Belait dan Tutong dan akan ke daerah Temburong sedikit masa lagi.
Perancangan itu disokong oleh Pengurus Pasukan Kebangsaan bagi Kejohanan Petanque Pan Pasifik Ketujuh 2013 yang baru berakhir semalam, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, yang berpendapat sistem latihan secara berpanjangan dan sistematik adalah perlu bagi memperbaiki lagi prestasi individu atau berpasukan untuk menghasilkan strategi-strategi permainan yang penting.
Di samping itu, beliau juga menekankan pentingnya mengadakan latihan pendedahan di luar negara bagi menambah pengalaman dan memberikan peluang bagi atlet negara mempelajari teknik dan strategi yang digunakan oleh negara lain.
Beliau seterusnya menyarankan supaya atlet negara diberi kesempatan untuk mengikuti lebih banyak kejohanan di dalam dan luar negara kerana melaluinya mereka akan dapat menyesuaikan diri dan cara bermain dalam pelbagai corak dan situasi perlawanan, di samping dapat mengenal pasti ranking pemain dan peningkatan mereka dari semasa ke semasa.
Beliau juga sependapat dengan Presiden, bahawa Persekutuan itu perlu mempunyai barisan pemain pelapis bagi menggantikan atau menambah jumlah skuad negara dengan mewujudkan skim-skim atlet remaja.
Menurutnya lagi, memandangkan sukan petanque semakin popular dan diminati di negara ini, maka seharusnya diadakan skim remaja, klinik-klinik petanque dan memperbanyakkan kejohanan tempatan bagi pendedahan dan memperkembangkan lagi sukan itu kepada rakyat negara ini.
“Seperkara lagi yang saya kira sama pentingnya ialah bagi mempertingkatkan mutu permainan, daya ketahanan mental dan fizikal atlet, sama ada individu ataupun berpasukan, perlu diberikan perhatian kerana tempoh perlawanan yang lama memerlukan daya ketahanan, komitmen serta semangat juang yang tinggi,” katanya.
Beliau menyarankan, dengan mengikuti kursus atau sesi psikologi yang dikendalikan oleh pakar-pakar dari Jabatan Belia dan Sukan akan dapat memberi manfaat kepada atlet negara.

1 comment:

  1. Saya Mohd Idrus dari Malaysia ingin bertanya adakah Orang Kurang Upaya bermain petanque di Brunei.

    ReplyDelete

Kejohanan Petanque Jemputan di Sarikei

Kejohanan Petanque Jemputan di Sarikei
Gambar Pasukan Brunei Petanque menjadi Johan dan Naib Johan

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

result1

result1

Mesyuarat bersama kontinjen pada 16hb Julai 2010 jam 8 Mlm

Mesyuarat bersama kontinjen pada 16hb Julai 2010 jam 8 Mlm

Timbalan Pengerusi

Timbalan Pengerusi
Abdul Ghani bin Dato Paduka Hj Mohd Ali, Timbalan Presiden Persekutuan Petanque NBD

Setiausaha Kejohanan

Setiausaha Kejohanan
Haji Rosmin bin Haji Mohd Hassan, Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD

Penolong Setiausaha Kejohanan

Penolong Setiausaha Kejohanan
Awg Johari bin Haji bakar, Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD




Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam

Ahli Jawatankuasa Persekutuan Petanque Brunei Darussalam
Lt Kol (B) Pengiran Mohd Noor bin Pengiran Hj Muhiddi, Presiden Persekutuan Petanque NBD (Tengah), Timbalan Pengerusi-Abdul Ghani bin Dato Paduka Hj Mohd Ali (Kiri) dan Awang Johari bin Haji Bakar-Penolong Setiausaha Agung Persekutuan Petanque NBD (Kanan) sedang menyaksikan perlawanan berlangsung

Di Gelanggang Petanque (Semasa Perlawanan Dijalankan-17hb Julai 2010))

Di Gelanggang Petanque (Semasa Perlawanan Dijalankan-17hb Julai 2010))

Peserta dari Negara Brunei Darussalam

Peserta dari Negara Brunei Darussalam

Logo dan Alamat Resmi

Logo dan Alamat Resmi